click here

"Terkedu DAKU" bisik hati Piyachart Tamaphan

ingat saat ini...










11 Dis 2009

hahah..nie gambar paling cantek dlm sejarah bolasepak Malaysia...
Perlawanan Thailand vs Malaysia sukan sea ke-25 dalam peringkat kumpulan
perlawanan paling dramatik..menentukan siapa msuk semi-final..
tgk pemain thailand yg pakai bju brwarna kuning..



Defender Thailand terkedu abis time goal malaysia yg kedua..(minit ke 91)
akan ku kenang sampai akhir hayat ku hahahah




Siapa sangka?
Malaysia menang ke atas timor leste, kalah kepada Vietnam, dan alhamdulillah menang ke atas Kemboja. Dan situasi sekarang ialah hidup ataupun mati. Malaysia mesti menang ke atas Thailand, seri atau kalah Malaysia terpaksa bungkus diri balik tanah air balik.

Memandangkan Thailand cuma perlu seri saja untuk layak ke separuh akhir, Malaysia, nak taknak misi ini 'MESTI MENANG'! Atau balik nanti akan terus dihina oleh rakyat sendiri!

separuh mase pertama tampak melaysia sedikit longlai...tiada jaringan sehingga sampai separuh mase kedua malysia dikejutkan dgn goal freekick curve yg cantik oleh thailand...

minit ke-80 (10 minit terakhir), pasukan malaysia digembirakan oleh jaringanNasriq Baharom. Tapi itu belum cukup, kerana seri cuma memadai untuk Thailand, bukan Malaysia.

Pemain Thailand sudah menampakkan kegembiraan di wajah mereka kerana memasuki separuh final. ....sudah lebih 3 dekad tak pernah gagal ke separuh akhir, dengan 8 kali juara Sukan SEA, kemenangan ini memang dah expect oleh semua orang...

Malaysia? Pasukan apa tu? Kali terakhir menang emas pun kira-kira 20 tahun yang dulu. Sukan SEA di Korat 2 tahun lepas pun hampeh di peringkat kumpulan. Masuk final pun di tempat sendiri pada awal 2000 dulu. Malaysia? Apakah itu?

minit 91

Bola di kaki NorShahrul Idlan Talaha. Betul-betul di sudut kiri gawang gol Thailand. Satu lawan satu dengan pemain pertahanan Thailand.

Gelecek! Bola berjaya lepas tapi Norshahrul hampir terjatuh, namun sempat bangun...semangat nie yang aku nak.... Dia dikepung oleh 2 orang lagi pemain Thailand yang menunggu di hadapannya, dgn guna sedikit kemahiran passingnya, kakinya menolak sederhana ke hadapan, melepasi 2 orang tersebut.

Bola itu dihantar ke kaki Ahmad Fakri Saarani. Bersituasikan first timer, kakinya merembat bola tersebut, terus menuju ke hujung gawang gol Thailand.

nie salah satu gerakan yg cantek....tapi Malaysia kena ingat jgn mudah bangga dgn kejayaan itu...byk yg kena perbaiki.. aku ade dgr team thailand kali ini p0n memang agk lemah...itu kenyataan yg dikeluarkan dri media massa kt sana...

tapi ape2 p0n Malaysia MESTI MENANG!!!...
tamatkan kemarau 20 tahun emas,
takkan hendak menunggu lagi 2 tahun?
atau menunggu sampai Sukan SEA berlangsung di Malaysia balik baru nak menang?

____________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

Histat