click here

Manusia bankrap slalu dgr.., negara bankrap??kerja giler ke??!!!


Pada hari gathering dgn dak2 SAMURA di umah nenek selem,kami ade mmbuka satu perbualan yg mmbuka mata telinga aku utk melihat dunia Malaysia dgn lebih mendalam..mungkin aku kurang peka atas apa yg berlaku pd Malaysia..kami mmbincangkan tentang “Bankrapkah Malaysia?”..ketidakpuashatian tentng perkara ini mmbuatkan aku mmbuat sedikit research tentang bankrap malaysia..isu nie dah sebulan berlalu..dan semestinya gambar diatas tidak ada kena mengena dgn entri ini..

Negara bankrap memang satu situasi yg jarang berlaku..tapi tidak mustahil benda ini boleh berlaku.
Keadaan ini pernah berlaku kpd negara German time perang dunia pertama dan kedua.Time tue harta Negara digunakan utk membiayai peperangan mereka. Tue kisah lama.Tapi tanpa peperangan ,risiko Negara menghadapi bankrupt juga wujud dalam dunia moden masa kini.Sebagai contoh Negara Argentina pada tahun 2001 dan Iceland pada 2008.dan ini terbukti risiko menjadi bankrupt bukan ditgn dunia ketiga dan Negara mmbangun sahaja tetapi juga berlaku kepada Negara yg sudah mmbangun..

Dalam kes Iceland,Negara tersebut tidak mmpu mmbayar hutang luaran termasuk hutang jangka pendek di United kingdom serta nilai mata wang Iceland iaitu (the KRONA) menjadi hampir tidak bernilai disebbkan bank2 asing tidak sanggup untuk mengambilnya.malah Iceland tidak lagi mmpu mmbayar hasil import.Negara ini sedang mencuba nasib utk mmbuat pinjaman dri IMF(The International Monetary Fund) dan juga Russia.tetapi United kingdom mngancam Iceland dgn duit yg dihutangnya.Krisis kewangan 2007-2010 telah mmbuatkan penurunan GDP(gross domestic product-ukuran hasil kesuluruhan ekonomi Negara)Iceland serta peluang pekerjaan.Iceland telah menutup 3 bank terbesarnya (Kaupthing Bank,Landsbanki and Glitner Bank) menyebbkan $62billion hutang.

Dalam kes Argentina,ia hampir berlaku pada tahun 1990s dan 2000s..pada tahun 1990-an,ketidakstabilan ekonomi sudah berlaku disebbkan hutang dri projek yg terbengkalai.tahun 1983,kerajaan baru argentina, Raul Alfonsin ingin menstabilkan keadaan ekonomi argentina dengan mmbuat matawang baru untuk Negara tersebut iaitu Austral (sekarang dikenali dgn matawang Peso).Ini mengakibatkan pinjaman baru dibuat utk merealisasikan hasrat trsebut.akibatnya,kerajaan tidak mmpu mmbayar Interest dri hutang yg dibuat dan kemungkinan austral akan jatuh matawang nya..Hal ini mengakibatkan Inflasi. Pada thun 1991,tindakan Cental Bank Of argentina telah mengawal pertukaran domestic matawang dgn dollars agar pertukaran tersebut berada pd kadar yg sama.dan tindakan ini telah Berjaya mengurangkan inflasi Negara tersebut.kemudian matawang argentina digantikan dgn Peso dgn nilai kewangn yg tetap dgn nilai U.S. dollar.tetapi hutang luaran tetap ada mmbuatkan Negara tersebut terus menerus meminjam duit.Dalam mase yg sama,perbelanjaan Gov tetap tinggi dan KORUPSI bermaharajalela.sehingga hutang awam tidak mmpu dibayarnya.IMF kemudian meminjamkan duit kpd argentina dan menanguh pembayaranya.Pada tahun1999,president baru,Fernando de la rua,menghadapi masalah pengganguran yg mencapai tahap maksima.GDP juga turun 4%.Pd 2001,masyarakat argentina mula risau apabila byk jumlah duit dikeluarkan dri bank akaun, menukar peso kpd dollar dan menhantar ke luar Negara,yg mmngakibatkan bank kehabisan dollar.

DI Malaysia pula,isu bankrap telah disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yg juga Ketua Pegawai Ekxekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU-sebuah badan yg ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi Negara), Datuk Seri Idris Jala, pada 27 Mei berkata,Malaysia mungkin akan bankrap pada 2019 jika subsidi yg diberikan sekarang tidak dihentikan.Namun Ahli Parlimen Indera mahkota Azan Ismail menjangkakn Malaysia di bwah pentadbiran BN akan berstatus bankrap menjelang 2015 dan bukan 2019 seperti yg di katakn Datuk seri Idris Jala.Jangkaan ini berdasarkan beberapa factor dan juga laporan Rancangan Malaysia ke-10 yg dibentangkan oleh Perdana Menteri.walaupun Najib mmberi jaminan Malaysia tidak menjadi seperti Greece yg Muflis baru-baru nie,tapi Azan Ismail mempertikaikan dgn mengatakan trdapt byk persamaan dgn Greece yg memungkinkan Malaysia Bangkrap lebih awal drpd jagkaan.

“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastic”. “Sesebuah negara tidak perlu diisytihar sebagai bankrap bukan seperti organisasi swasta tetapi memadai apabila negara itu merekodkan tiga tahun berturut-turut defisit melampau lalu tidak berdaya membayar hutang negara,” tegas Azan.

Namun Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dgn pandangn Menteri Datuk seri Idris Jala bahawa Negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.

''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin.Bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak." ujar Tun dr. Mahathir Mohamad lagi..

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Pada pendapat aku, kita boleh kurangkan hutang Negara bukan hanya dgn kurangkan subsidi,tapi kurangkan KORUPSI-KORUPSI dan rasuah2 yg berleluasa di Negara ini.mustahil dgn subsidi tuh Negara boleh bangkrap sebb subsidi p0n memng duit rakyat..klu kitaran betul mustahil boleh bangkrap Negara.pikir betul2 pasal isu kitaran duit Malaysia kemana pergi??apa terjadi dgn pelbgai isu seperti Kerajan yg beli kapal selam Rosak harga 500 juta x termasuk komisen para pengajar dri Negara asing,Enjin Jet Tentera Malaysia KENA CURI,BILLION-billion habis rugi projek PKFZ.byk lagi kes penyelewengan dan pembaziran yg membangkrapkan Negara Malaysia.
Tapi sekarang nie pelik biler Gov dok pening mcm mane nk tarik blik BUDAYA SUBSIDI tanpa mencetuskan reaksi politik padahal benda yg didepan mata dok diam aje…

Pilihanan elak bangkrap…
1) Kalau tarik subsidi -rakyat marah,pmbangkang sedia utk naik,Bn sedia utk jatuh
2) Klu x tarik subsidi – kena hapuskan rasuah yg berleluasa yg menjadi makann-makann Si poket2 besar

0 comments:

Post a Comment

Histat