click here

Motivasi tentang kelemahan diri(part 2)

Meng-visualkan kelemahan diri dgn lukisan sbagai motivasi



Kenapa perlu utk mengawasi kelemahan korang?..byk impak yg kita dpt klu kita pandang enteng bende alah nie.Salah satunya penyakit rendah diri..

Merendah diri kadang kala mengurangkan potensi diri serta mengurangkan keyakinan diri sebagai manusia yg berakal.


1) Slalunya perasaan merendah diri bertambah2 menebal bila sering membandingkan diri dgn orang lain.Apakata korang bersyukur dulu dan seterusnya anjakan paradigma pemikiran korang utk berfikiran positif.cth jika ada mamat sorang nie pandai tendang bola sbb bulu kaki die lebat dan korang tidak,apakata bersyukur dulu dgn bulu kaki korang dan cuba mengatasi kelemahan dgn practice tendang.Jgn terlalu memandang orang lain sebaliknya percaya yg kita mmpunyai hidup lebih baik kelak tpi berlandaskan hukum islam la..jagn korang hisap dadah, lalok pastu ckap kuat2 “hidup lebih baik kelak”..itu memang kena pelangkung la..


2) Cari dan cari kelebihan dan kekuatan sendiri.Allah tidak akan mengubah seseorang melainkan orang itu ingin mengubah dirinya sendiri.


3) Pedulikan hinaan orang.nie kadang2 orang KITA memang susah ingin praktikan termasuk aku..

Ya, memang aku akui ramai manusia yg agak kurang sikit otaknya akan mencerca, mnghina dari membantu.Abaikan dan jgn terikut dgn kata2 orang tersebut.byk orang ckp mengingati allah dgn zikir allah lebih baik dri membalas perlian cacian dan kutukian.Insyaallah moga kita dapt mmpraktikan serta sering mengingati Allah.Amin.


4) Menulis adalah salah satu jalan terbaik. Kalau dahulu menulis di diari menjadi kaedah yang popular kini blog mampu memberikan kepuasan.


5) kbnyakan perasaan rendah diri adalah akibat dari segi kekurangan dari segi fizikal.Nie memang akui memng sukar mengubah ciptaan walaup0n boleh dilakukan.Ada yg sedih muka tidak sehensem dan segagah Fahrin Ahmad,atau tidak secomel dan secantik gadis2 GIRL GENERATIOn.

Itu hanyalah sementara.klu kita x mmpunyai fizikal cuba kekuatan lain.Cuba kita seting mindset kita dgn something yg tidak menguntungkan diri dgn physical shaja.

Sbgai cth Professor Stephen W.Hawking sebagai British theoretical physicist.Ramai lagi yg tidak berkebolehan seperti manusia biasa tapi berjaya dlm bidang masing2.

Professor Stephen W.Hawking

6) lastly,selepas berusaha,sampai waktu utk bertawakal.Solat dan mohon Petunjuk dri NYA.Jalan yg terbaik utk mendekatkan diri dgn Allah taala.Semoga Allah mmberi pedoman dan hidayah serta petunjuk kepada kita semua.Amin.



Sampai disini sahaja esei yg pertama kali dalm sejarah blog aku nie yg aku kupas serta rumus sendiri hasil dri pelbagai bacaan dan renungan sendiri serta dibuatkan motivasi utk Makluk yg bernama MANUSIA YG BERAKAL termasuk aku.Ingat kita dilahirkan sebagai pemenang.klu tidak masakan kita Berjaya menawan ovum dlm rahim mak kita berbanding dgn berjuta-juta sperma yg wrestling antara satu sama lain cuba menawan istana ovum yg indah permai.


P/s: sekadar motivasi utk aku dan kau dan kamu serta awak.

.





2 comments:

KD said...

insan yg cer mer lang bermula dari pada aqal, hati yg tenang , jiwa yang mantap!!

KD said...

cantik dowh wacom bambo drawing ko.... mahal lak menatang tuh...

Post a Comment

Histat