click here

kisah peng-iftar- masjid yg tegar..


Kisah peng-iftar- masjid yg tegar..

6.26 petang:

" oi budak-budak umah, lincah DOE..cepat mandi!! kiter buka di masjid..."
"jap skrang bape orang..??"
""bru 5 orang..!!""
"cepat cri lagi 3 budak...kita buat 1 dulang 4 orang je...pastikan yg 3 budak lagi tue kurus-kurus"
-------------------------

6.55 petang:



"alamak doe!! kiter dah terlambat,skrang dah berbaris panjang da..siot"
"xpe kiter guna teknik kita"
"teknik ape??"
"haah..ko cari mmber2 yg beratur dah dekat dgn makann sana, ko buat2 mesra sikit,pastu masuk depan die.."
"JOM MAJU!!"GO GO Go!! minta kuah lebih sikittttt!!

----------------------------------------
7.00 petang:

"teknik ko memang berkesan doE..haha..dua dulang skali dpt..xsmpai 10 minit.."
'kk..skrang kiter dh dpt dua dulang,tpi bru 5 orang.."

pengumuman::""minta perhatian semua!! 1 dulang mesti cukup 5 orang!!"-

"weh..lincah doe cukup kan orng...nnti spe2 spe ntah masuk dulang kiter..ingat..target kita budak2 yg kurus-kurus"
" haaaa..target dh jumpe"
"jappppp mmber2ku!!arghh bahaya,bahaya.!!" kiter slamatkan dulang dulu doe!!, aku de nmpak sorang dak gemuk hala ke dulang kita..

~selamat~
"alamak xcukup kurma la.."
"weh,ko amek air lebih...sorang 2 cawan.."
"alang -alang jaln skali tpt makann tue..tgk ape yg bole amek!!klu bole amek kurma lebih doe.."

---------------------------

7.05petag(menunggu waktu berbuka).

"weh ko tgk mamat tue..siot je dpt 5 ayam..kiter 4 je.."
"haah la.."
"yg foreigner tue lak..lagi siot..makan 3 orang je 1 dulang"
"haah doe"
"tgk yg sne tue..dah dapt dulang nk tambah lagi..truk btul budak muda zaman skrang.."
"haah doe.."
'tgk yg sebelah tiang......................."
"bla bla bla bla"(merungut)

---------------------------------------

7.13 petang:

"doe,dah x rmai orang nie"
"ape lagi, tambah ar sayur ke ayam ke..xkisah ar....
----------------------------------

7.15 petang:

"weh geng..bwk handset x?"
"bawak..so"
"ape lagi...jom maen pes bluetooth dlm handset""
"yaaa..idea bernas""
"jom"
"aku pilih brazil"
"maen world cup"
"sblom tue, kiter tukar port kiter kat belakang tiang dulu..bgi orang x nmpak"
--------------------------

7.25(azan berbuka)

"oit mmber2 ku..aku dah dgr azan..ape lagi..ngap la makann..!!"
"ngap..ngap..ngap"
"lincah makan,kiter jgn bagi dak yg tumpang dulang kiter kenyang"

--------------------------

7.40(solat bermula)

"ahh..lepak lu.."
"kenyang doe"
'kiter tunggu rakaat kedua bru kiter bngun..ok x idea gua mmber2 ku.."
"haah doe..idea ko memang bernas.."

--------------------------

7.45(hampir abes solat magrib jemaah)

"doe..gua nk ke tandas doe..xtahan nk terberak"
"gua p0n sme doe..nk terkucil lak"
"gua p0n..hish waktu nk solat la die meragam.."
"haah sama lak dgn gua"
---------------------------

7.50..(habes solat jemaah magrib)

"haa..lega..aikh dah abes solat da.."
"eh..ingatkan awal lagi, siot la..nie semua psl perut aku lar ni.."
"eh da abes solat ke??..
"so ape solution die member2ku??"
"ko bole imam x??"
"x..ko??"
"x juga"
"semua dah keluar masjid..malu kiter bru nk solat.."
"so"
"solution..kiter balik bilik dan solat magrib di bilik..bernas xidea gua??"
"bernas Doe!!"
"jom mmber2ku ...kiter kembali ke bilik kiter...xbaek melengahkan solat kiter..."


-------------------------------------------tamat ----------------------------------



Perlu diingatkn bahawa jgnlah waktu brbuka puasa dijadikn medan utk kita melepaskn geram atas alasan sehari suntuk x mnjamah mknn @ minumn. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikn medan utk melatih jiwa seorg muslim yg brtakwa lagi pnyabar direalisasikn ketika brbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak brlebihan.
Makan dengan sederhana
Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31)



Sabda Nabi SAW :

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

credit to: http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/10/adab-berbuka-puasa-menurut-sunnah/

ingat la saudara-saudara ku..
perlulah kiter mengucap syukur terhadap illahi
dgn nikmat yg diperoleh
walaup0n sedikit..
cuba bayangkan
negara dipalestin,digaza
mereka tidak dpt merasai nikmat seperti kita dapat..
nikmat maknn sedap seperti kita
mereka hanya brpeluang merasai makann.
yg telah bertaburan di atas tanah..
ucapkan la...

alhamdulillah


dgn ikhlas...



.


Warga emas"??


budak-budak seronok biler ada hari kanak-kanak sedunia



bapak-bapak p0n x trlepas keseronokan dri father's day sedunia


ibu apa lagi, xterlepas dgn meriahnya smbutan hari ibu



Tapi,ade ke Hari Warga tua@ warga emas dismbut semeriah hari istimewa seperti diatas???












gua kadang kala terpikir..
adakah sbb manusia takut mnjadi tua berkedut,berkerut serta berpenyakit..??


*( nyanyikanlah dgn rentak hiphop )
ya..hidup ini masih muda..
ya..hidup nie perlu enjoy selagi kita masa muda..
ya..hidup ini sentiasa ada life bila kita segar ketika muda..
ya..jagn persiakan mase muda kita..
ya..alasan ini mmbuatkan kita lupa yg tua..
ya..kehidupan seperti ini yg akan memusnahkan kehidupan bangsa..
ya..kehidupan ini yg menjatuhkan generasi moral anak bangsa
ya..kehidupan ini yg mengajar kita mengejar dunia..
ya..kehidupan ini yg mengajar kita lupa yg tua..
eeee..yo..lupa yg tua..
yo..lupa yg tua...
yo..lupa yg tua....

entah ape yg gua merepek..
tpi the point is..
walaupon warga emas tidak berdaya..
Warga emas mempunyai byk pengalaman yang bole dipelajari oleh semua orang.
Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat.
kita msih memerlukan mereka..
...memerlukan mereka utk memupuk nilai kasih sayang,simpati,hormat disamping prihatin..
nilai-nilai ini yg mmbantu kita menjadi bangsa yg cemerlang..
tiadanya nilai kasih sayag @ hormat mmbuatkan kita lupa..
lupa pada mereka yg kurang kesempurnaannya..
lupa pada yg menghadapi bencana
lupa pada mereka yg lemah..
lupa yg kita secara tiba2 mmbentuk tabiat mementingkan diri sendiri..
maka bermulalah unsur ketidakberperikemanusiaan
bermulanya peningkatan masalah sosial..
sperti pembuangan bayi, rompak, rogol..
bermulalah lupa agama bangsa dan negara sehingga tanah tumpah digadaikan..
bermulalah revolusi pehampusan bangsa tinggi budi bahasa..
malangnya bagi manusia yg tidak merasai kemanisan dan kehebatan emosi hasil belaian lembut kepada warga emas..

mulalah dgn yg dekat iaitu ibu bapa kita..
jagalah ibu bapa kita dgn seikhlas-ikhlasnya nescaya kita merasai ketenangan yg tidak trhingga..
utk yg brjauhan..
sekurang-kurang tanya la khabar mereka agar dpt memecahkan tembok kerinduan mereka kpd kita...

---------------------------------------------------------------------

Firman Allah SWT;

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )

Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Credit to :http://rajawalibiru.wordpress.com/2010/04/26/siri-adab-berbakti-kepada-ibu-bapa/


* p/s: sudahkah anda menanyakn khabar ibu bapa anda??


ramadhan



ramadhan kali ini mmbuatkan gua lebih mengenali diri gua sebenar..
diri sebenar yg sgt hina ,hodoh dan berkurap
berbanding manusia yg xberakal tpi bersih dan suci dlm nya
memang bulan yg sgt hebat..
gua x pernah terpikir betapa lemahnya gua sebagi manusia biasa..
sengaja menampakan kelemahan gua
supaya gua brfikir
siapa yg lebih berkuasa
tiada sempurna dlm setiap benda melainkan-NYA

family day "SRM GeGAR!!"

masih belum trlmbat lagi utk gua update kegiatan Srm Gegar minggu lepas..
walaup0n gua sememngnya ahli pemalas yg tegar "Srm Gegar!" dibawah badan sekretariat Rakan Muda UTP nie,
tapi alhamdullilah gua dan department gua telah brjaya mnjayakan aktiviti yg berwibawa dan mencabar minda utk komiti SRM Gegar iaitu aktiviti "Family DAy SRM GEGAR! 2010" brtempat di KEM CINTA Alam KALIMAT" sg Siput Perak..
dan tarikh yg gua pilih ialah 7 dan 8 August 2010...

-------------------------------------------------------------
setelah diberi taklimat oleh head gua, maka bersiap sedialah bertolak ke destinasi...
kami bertolak tepat jam kul 8.30 pagi dan sampai ke tempat kejadian tepat pada pukul 11.49 pagi..



"eh mane akunye teddy bear nie,xkan trtinggal kot?!"
-head gua yg sempoi dn stylo-



Kem Cinta alam kelimat.."indah dri segi nama......

mcm biasa, bab2 accomodation nie memng gua pakar, so dgn bertauliahnya,gua mmbahagikan kanak-kanak Srm gegar mengikut kediaman masing2..


"eh..apahal tpt tido kiter mcm reban ayam je nie??"



"alamak, ade kamera la..ngeeee"

aktiviti pertama mmbahagikan kumpulan dan terus disambung aktiviti iaitu
" blajar kompas"..
ilmu yg sgt berguna skali
mula2 kena seting arah North
pastu pusingkan tanda putih kearah yg kiter nak
then adjust jarum penunjuk masuk rumah merah..


"mne arah kedudukan awek aku nie??"

aktiviti seterusnya ialah persediaan utk malam kebudayaan..ala mcm biasa la family day
mesti ade persembahan dri komiti..dan team gua disuro mmbuat prsembahan dikir barat....sambil tue gua luang mse sekejap dgn bermain bola di padang..


"fuuuyoo..spe nme budak pakai topi tue?..hensem la.."
bisik seorang perempuan cun yg tgh melihat aksi gua mengelecek




"ewa buleeee..ewabule.."
-malam kebudayaan-

pada lewat malam, geng-geng SRM GEGAR menyertai aktiviit night walking yg kemudian secara tiba-tiba ditukar nama blind walk..geng-geng SRM GEGAR ditingglkan sorang2 smbil mendgr suara2 hutan
tapi amat menyedihkan kerana jarak aktiviti ini sgt dkt sehingga diorang yg dtingglkan sorang2 nie bole dgr suara mmber yg belum dilepaskan ketawa berdekah-dekah..


aktiviti keesokan harinya ialah aktiviti water confident.. geng-geng SRM GEGAR diajar utk tidak takut kepada air,hanya takut kpd allah..betul tue..
tpi malangnya air kali ini sesangat la cetek dan rse mcm mandi kt tangki air kt rumah je..



"hilagkan takut korang dgn mengambil gambar"



"hobi aku ialah tutup mata time bergambar"
bisik seorng gadis SRM Gegar



"makan smbil bergambar memng part paling gua suka"


"atoi..atoii..sakit badan..sakit!! "
aktiviti sambilan..men-burger -member..


dan akhirnya tamat la sudah Family day yg sgt sekejap dan hampir hampeh brbanding dgn bayaran yg dikenakan....gua agak terkilan la dgn owner kem nie..
janji mcm lebat tpi aktiviti hampeh..
penat gua ulang alik kt tmpt nie nk deal dgn owner nie..
last-last hampeh je yg dapt..
--~~**gua dgn ini mewakilkan department gua ingin memohon maaf kpd komiti SRM GEGAR UTP 2010 keatas kekurangn yg x dpt dielakkan..~~



komiti SRM GEGAR 2010
~~sptutnya ade 110 komiti tetapi yg available dtg just 65 orang je..hampeh lagi..~~

Penyakit masyarakat kita..












11/08/2010



sudah tentu kita mengharapkan sesutu penyelesaian dri masalah yg melanda masyarakat kita(buang bayi,jenayah tinggi korupsi dan mcm2 lagi)
dan cara terbaik ialah dgn mendidik masyarakat kita terlebih dahulu..
tetapi sebelum itu, dgn nilai apa kita ingin mendidik masyarakat kita..??
adakah dgn kekayaan dan kejayaan seseorang itu serta pmbangunan negara menjdi kayu ukur utk mendidik masyarakat kita..??

klu kekayaan sbagai kayu ukur, akhirnya gejala sebegini akan dianggap sbgai penyakit kurap @ bisul yg buruk hodoh dan hanya perlu disinggkirkan apabila die mula berdarah dan bernanah mengelilingi badan..

dan cara yg terbaik sudah tentu dgn berlandaskan Alquran dan Sunnah tanpa memikirkan faktor material..

------------------------------------------------------------------------------------






**inilah akibatnya apabila akal manusia mengalahkan naluri diri masing2-masing...
anak dibuang-buang..
* gua lihat kucing-kucing p0n pandai jaga anak diorng masing-masing..walaup0n kucing tiada otak, tapi diorang ade intuisi sebagai seorang ibu kepada anak..
*issh!! rse macm manusia pulak yg binatang dan kucing pulak yg manusia..

bulan Ramadhan...








alhamdullilah..
sudah masuk hari kedua ramadhan utk tahun ini..
moga kiter semua dpt pose penuh disamping dapat byk fadilat dri bulan ramadhan ..
telinga gua sudah start trdgr lagu-lagu raya yg berkumandang dri bilik mmber-mmber gua...


tringat gua time kecik2 dulu..
mse gua first time nak brpose..
bukan maen sronok lagi
malm 1 ramadhn siap x tido dgn abg2 gua maen permainan saidina..
puas maen bende tue, kitorang maen daun terup..
pas tu maen "belon acah" meggunakan pemadam hasil koleksi gua sebanyak 200 biji pemadam rembat..
sampai nk ke sahur gua dan abg gua melantak permainan-prmainan yg direka keluarga gua..
siap gua yg kejutkan mak bapak gua dgn melompat menendang terkinja-kinja pintu bilik parent gua..haha..sronok katakan..first time pose..

makan sahur memang sedap atas prtologan gua dgn abang2 gua...
antara bayk2 lauk, gua tgk lauk ikan bawal masak sos tomato pling sexy..

mak gua tegur byk kali supaya aku makan slow ikan trsebut..
biasa ar kan, jiwa muda umur 6 tahun..
perasaan ghairah meningkat, mcm nak kawen je dgn ikan bawal tue..
wa melantak 3 ekor kot..
sampai satu tahap..
"ERKK!!,,tlooo...ng...erk!!..tu..lan..ng tersan..gkut kt lehhh..er..erk!!"

kelam-kabut keluarga gua mse tue..
abang gua ape lagi, amik kesempatan time nyawa aku dihujung tanduk, dgn lafaz.."WAAACHAAAA!!""menepuk sekuat hati kat belakang bdan gua..
tpi hasilnya, badan gua yg mengerang kesakitan dan tulang tersebut still ketawa kesangkutan di leher gua..

lalu gua terserempak cahaya dri buah epal di atas meja..
mcm mmberi cahaya sinar harapan..mungkin boleh mnjatuhkan tulang-tulang yg degil di leher..
Gua trus makan buah tersebut sambil menyebut, "emm sedap"..

dan akibatnya, gua muntah..muntah kerana kesakitan yg amat sgt hasil dri tusukan manis duri duri ikan tersebut..
gua cuba teliti muntah gua dan mendapati warna muntah gua berubah dri warna kekuningan ke warna kemerahan..
gua terduduk layu melihat warna "sang darah"yg keluar dri mulut ku..

gua dibawa ke klinik utk rawatan lanjut..
dan akhirnya ramadhan tahun trsebut merupakan harifirst time gua nk berpose dan hari first time juga gua mmbatalkan pose...
................................................................

skrang,biler gua dah besar,berada di perantauan..
teringat pulak time sahur dgn family kt umah..
walaup0n bagun di subuh hari memanglah perkara yg amat menyusahkan badan gua,
tpi biler bersahur dgn family,
mcm ade satu ikatan yg kuat utk menempuh bulan ramadan yg indah..........


_________________________________________________________

Hukum Sahur
___________
Hukum makan sahur adalah sunnah, berdasarkan hadits dari Anas bin Malik z bahwa Rasulullah n bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Sahurlah kalian, karena sesungguhnya dalam sahur terdapat barakah.” (Muttafaqun ‘alaih)
Al-Imam An-Nawawi t berkata: “Para ulama telah bersepakat tentang sunnahnya makan sahur dan bukan suatu kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 7/207)
Dalam riwayat lain, Nabi n mendorong kita untuk tidak meninggalkan makan sahur meskipun hanya dengan seteguk air. Sebagaimana hadits yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri z, ia berkata bahwa Rasulullah n bersabda:

السَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ...

“Makan sahur adalah barakah maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun salah seorang di antara kalian hanya minum seteguk air.” (HR. Ahmad, hadits hasan, lihat Shahihul Jami’ish Shaghir, 1/686 no. 3683)
Al-Hafizh Ibnu Hajar t berkata: “Sahur dapat diperoleh seseorang yang makan dan minum meskipun hanya sedikit.” (Fathul Bari, 4/166)

Waktu Sahur
__________
Waktu yang utama untuk makan sahur adalah dengan mengakhirkan waktunya hingga mendekati terbit fajar. Dan mengakhirkan waktu sahur ini merupakan sunnah Rasulullah n sebagaimana hadits yang diriwayatkan Anas bin Malik dari Zaid bin Tsabit z, beliau bekata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ. قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِيْنَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Rasulullah n kemudian (setelah makan sahur) kami berdiri untuk melaksanakan shalat. Aku (Anas bin Malik) berkata: ‘Berapa perkiraan waktu antara keduanya (antara makan sahur dengan shalat fajar)?’ Zaid bin Tsabit z berkata: ‘50 ayat’.” (Muttafaqun ‘alaih)




Aku dimalukan..Arghh!!






arghhh!!..aku dimalukan..
...
mcmmane ade mulut seumpama babi nie memalukan aku..
Arghhh!!..

teringat waktu sekolah dulu aku malukan mmber aku..
mngambil gambar mmber aku tgh "memerut style laki "..

nie mugkin balasan utk aku kot..


*gambar diatas tiada kena mengena hidup @ yg mati..


Lepak sebentar bersama KL dan Tisu...





"Haa saya ada satu teka teki.." sampuk Z( bukan nme sebenar)_
memecah kebuntuan kepala kami berempat dalm suasana di sebuah kedai mamak al-kayan
"teka-teki berbunyi begini..apa kaitan KL dgn tisu...??, haa...cuba teka...!!"
"emm..." itu saje perkataan yg kami boleh kata sejurus soalan teka-teki itu disuarakan oleh seorng prempuan yg berjambul rmbut di depan serta berkaki ayam..
dlm benak hati ku terdetik suara yg nyaring menjerit "sewel betul la minah nie.., aku tgh mengantuk ade ke ptut bagi teka teki yg pelik- pelik..kentut karang!!"

maka mmber aku disebelah dgn muka ala-ala nk kena pelempang menjawab dgn suara yg gedik...
" wa rse jawaBan nya ialah...rrraaa.... rrrraraaaa"

"hish x boleh jadi nie..!" bisikan saiton menerjah kedalam hidung aku lalu aku terus HHaaaacccium!! "Ane oi Ane!! mane makanan aku nie!!"
nafsu serakah aku meningkat..
ape tidak ade perasaan keperikebinatangan ke Ane-Ane kt mamak nie..!

Sambil menunggu pesanan, kepala dan mata aku berpusing kekiri dan kanan memerhatikan gelagat orang yang sedang melantak makanan dengan lahap..

"haa..!! sye tahu jawapan nya..!.."sampuk mmber prempuan lagi sekor..
" sye rse jawaBan nya ialah...rrraaa.... rrrraraaaa"

aku melihat ke dahi Ane yg berkerut sgt dlm..klu boleh nk berlipat semua kulit-kulit didahi Ane tersebut..
sejam kemudian,aku menerima beberapa air yg dipesan tdi..
meminum banyak air, membuatkan aku mesra tandas. Silap2, mangkuk jamban kt kedai mamak pun bosan menghadap anu aku
.........................................................................................................................................................................

..

"apa kaitan KL dgn Tisu..??"suara bisikan hatiku menerjah lagi..
melihat cawan yg mmpunyai ais didalmnya, bersebelahan dgn tisu merah..

"keting-keting keting...!" bunyian Ane-Ane menusuk roti canai dgn rakus..
aku melihat tgn nye sempat mengesat peluh di dahi lalu terus mngangkat roti trsebut mengunakan tagnnya ke atas pingan...
"dah la malas nak layan korang..ha..jawapannya ialah ....
jeng-jeng jeng...AIS dlm Cawan...."haha..ape la senang gitu p0n korang x bole jawab..hahah"

"????????..."aku terpinga-pinga...

apekah yg sudah berlaku keatas pemikiran para wanita skrang..??..




*pernahkah anda mengalami teka-teki seperti ini???..
*Hampeh..
..






sukan bola sepak @ futsal





pernahkah anda mengalami situasi seperti lukisan diatas....
sesiapa yg bermain bola mesti merasi pengalaman seperti situasi diatas..
apabila bola dikaki,kita akan mmpunyai byk choices utk dipilih...
samaada passing , megelecek, hold bola ataup0n shoot..

Choices akan meningkat bila kemahiran mengawal bola serta kelajuan seseorng meningkat....choice yg dipilih juga akan sempurna bile daya mental dan mentaliti sempurna......
pernah nmpak x orang yg mahir mengawal bola tetapi seringkali terlepas bola disbbkn kegopohannya..??..
dlm faktor ini, seseorang yg ingin membawa bola mesti mempunyai daya mental dan mentaliti yg tinggi..
daya mental yg tnggi contohnya..composure, confidence,teamwork serta focus yg tinggi...
tenang,tidak kelam-kabut dan focus merupakan aspect yg penting biler membuat choice yg ada...

keputusan seseorang berdasarkan ape yg dipikir mse tue..
ramai yg meminggirkan daya mental bila berada dlm tournament..
inilah salah satu pnyebb pasukan malaysia @ rakyatnya tidak kemana..

futsal @ bola sepak juga medan utk seseorng menipu..
menipu disini bermaksud memperdayakan lawan..
sebenarnya permainan bola sepak @ futsal sgt unik dn cantek bila dpt menipu barisan lawan...
bila skill di gabungkan dgn teamwork ditambah kelajuan, maka terbentuk satu team yg kuat....kuat daya tipunya...kuat sehingga pihak lawan tidak terbaca pergerakan team tersebut..

aku selalu dgr prempuan la ckp gini..."ape kebodoh je sukan ini..klu bagi sorang sebiji bola xkan berebut mcm skrng..11orang berebut 1 bola.."

emm..kecetekan pandagn seperti nie amat menyedihkan........

sukan bola sepak merupakan satu sukan yg menggunakan kerjasama sebagai keutamaan yg tinggi disamping laen2 kemahiran..
...klu kiter bagi tiap sorang pemain satu bole, maknanya kiter xde pencabar, xde partnership utk bekerjasama...tiada sifat bantu membantu, tidak terbentuk sifat leadership dan good follower....maka tidak dinamakan sukan bola sepak lah kalu gitu...
kata-kata diatas hanya mengambil kira kesenangan utk bersukan bukan utk memperolehi maksimum kebaikan dri sukan bola sepak tersebut..
x salah bagi tiap sorang 1 biji bola, tapi itu maen sorang-sorng la...utk megeluarkan peluh disamping meningkatkan skill...

*terpikir ingin mmbuat entri post nie setelah penat bermain Futsal diantara wakil -wakil hebat NGC, convofair dan MPP UTP...
*berada dlm golongan yg kurang latihan soccer membuatkan choices yg dipilih kureng..

Histat