click here

Manusia bankrap slalu dgr.., negara bankrap??kerja giler ke??!!!


Pada hari gathering dgn dak2 SAMURA di umah nenek selem,kami ade mmbuka satu perbualan yg mmbuka mata telinga aku utk melihat dunia Malaysia dgn lebih mendalam..mungkin aku kurang peka atas apa yg berlaku pd Malaysia..kami mmbincangkan tentang “Bankrapkah Malaysia?”..ketidakpuashatian tentng perkara ini mmbuatkan aku mmbuat sedikit research tentang bankrap malaysia..isu nie dah sebulan berlalu..dan semestinya gambar diatas tidak ada kena mengena dgn entri ini..

Negara bankrap memang satu situasi yg jarang berlaku..tapi tidak mustahil benda ini boleh berlaku.
Keadaan ini pernah berlaku kpd negara German time perang dunia pertama dan kedua.Time tue harta Negara digunakan utk membiayai peperangan mereka. Tue kisah lama.Tapi tanpa peperangan ,risiko Negara menghadapi bankrupt juga wujud dalam dunia moden masa kini.Sebagai contoh Negara Argentina pada tahun 2001 dan Iceland pada 2008.dan ini terbukti risiko menjadi bankrupt bukan ditgn dunia ketiga dan Negara mmbangun sahaja tetapi juga berlaku kepada Negara yg sudah mmbangun..

Dalam kes Iceland,Negara tersebut tidak mmpu mmbayar hutang luaran termasuk hutang jangka pendek di United kingdom serta nilai mata wang Iceland iaitu (the KRONA) menjadi hampir tidak bernilai disebbkan bank2 asing tidak sanggup untuk mengambilnya.malah Iceland tidak lagi mmpu mmbayar hasil import.Negara ini sedang mencuba nasib utk mmbuat pinjaman dri IMF(The International Monetary Fund) dan juga Russia.tetapi United kingdom mngancam Iceland dgn duit yg dihutangnya.Krisis kewangan 2007-2010 telah mmbuatkan penurunan GDP(gross domestic product-ukuran hasil kesuluruhan ekonomi Negara)Iceland serta peluang pekerjaan.Iceland telah menutup 3 bank terbesarnya (Kaupthing Bank,Landsbanki and Glitner Bank) menyebbkan $62billion hutang.

Dalam kes Argentina,ia hampir berlaku pada tahun 1990s dan 2000s..pada tahun 1990-an,ketidakstabilan ekonomi sudah berlaku disebbkan hutang dri projek yg terbengkalai.tahun 1983,kerajaan baru argentina, Raul Alfonsin ingin menstabilkan keadaan ekonomi argentina dengan mmbuat matawang baru untuk Negara tersebut iaitu Austral (sekarang dikenali dgn matawang Peso).Ini mengakibatkan pinjaman baru dibuat utk merealisasikan hasrat trsebut.akibatnya,kerajaan tidak mmpu mmbayar Interest dri hutang yg dibuat dan kemungkinan austral akan jatuh matawang nya..Hal ini mengakibatkan Inflasi. Pada thun 1991,tindakan Cental Bank Of argentina telah mengawal pertukaran domestic matawang dgn dollars agar pertukaran tersebut berada pd kadar yg sama.dan tindakan ini telah Berjaya mengurangkan inflasi Negara tersebut.kemudian matawang argentina digantikan dgn Peso dgn nilai kewangn yg tetap dgn nilai U.S. dollar.tetapi hutang luaran tetap ada mmbuatkan Negara tersebut terus menerus meminjam duit.Dalam mase yg sama,perbelanjaan Gov tetap tinggi dan KORUPSI bermaharajalela.sehingga hutang awam tidak mmpu dibayarnya.IMF kemudian meminjamkan duit kpd argentina dan menanguh pembayaranya.Pada tahun1999,president baru,Fernando de la rua,menghadapi masalah pengganguran yg mencapai tahap maksima.GDP juga turun 4%.Pd 2001,masyarakat argentina mula risau apabila byk jumlah duit dikeluarkan dri bank akaun, menukar peso kpd dollar dan menhantar ke luar Negara,yg mmngakibatkan bank kehabisan dollar.

DI Malaysia pula,isu bankrap telah disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yg juga Ketua Pegawai Ekxekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU-sebuah badan yg ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi Negara), Datuk Seri Idris Jala, pada 27 Mei berkata,Malaysia mungkin akan bankrap pada 2019 jika subsidi yg diberikan sekarang tidak dihentikan.Namun Ahli Parlimen Indera mahkota Azan Ismail menjangkakn Malaysia di bwah pentadbiran BN akan berstatus bankrap menjelang 2015 dan bukan 2019 seperti yg di katakn Datuk seri Idris Jala.Jangkaan ini berdasarkan beberapa factor dan juga laporan Rancangan Malaysia ke-10 yg dibentangkan oleh Perdana Menteri.walaupun Najib mmberi jaminan Malaysia tidak menjadi seperti Greece yg Muflis baru-baru nie,tapi Azan Ismail mempertikaikan dgn mengatakan trdapt byk persamaan dgn Greece yg memungkinkan Malaysia Bangkrap lebih awal drpd jagkaan.

“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastic”. “Sesebuah negara tidak perlu diisytihar sebagai bankrap bukan seperti organisasi swasta tetapi memadai apabila negara itu merekodkan tiga tahun berturut-turut defisit melampau lalu tidak berdaya membayar hutang negara,” tegas Azan.

Namun Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dgn pandangn Menteri Datuk seri Idris Jala bahawa Negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.

''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin.Bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak." ujar Tun dr. Mahathir Mohamad lagi..

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Pada pendapat aku, kita boleh kurangkan hutang Negara bukan hanya dgn kurangkan subsidi,tapi kurangkan KORUPSI-KORUPSI dan rasuah2 yg berleluasa di Negara ini.mustahil dgn subsidi tuh Negara boleh bangkrap sebb subsidi p0n memng duit rakyat..klu kitaran betul mustahil boleh bangkrap Negara.pikir betul2 pasal isu kitaran duit Malaysia kemana pergi??apa terjadi dgn pelbgai isu seperti Kerajan yg beli kapal selam Rosak harga 500 juta x termasuk komisen para pengajar dri Negara asing,Enjin Jet Tentera Malaysia KENA CURI,BILLION-billion habis rugi projek PKFZ.byk lagi kes penyelewengan dan pembaziran yg membangkrapkan Negara Malaysia.
Tapi sekarang nie pelik biler Gov dok pening mcm mane nk tarik blik BUDAYA SUBSIDI tanpa mencetuskan reaksi politik padahal benda yg didepan mata dok diam aje…

Pilihanan elak bangkrap…
1) Kalau tarik subsidi -rakyat marah,pmbangkang sedia utk naik,Bn sedia utk jatuh
2) Klu x tarik subsidi – kena hapuskan rasuah yg berleluasa yg menjadi makann-makann Si poket2 besar

Motivasi tentang kelemahan diri(part 1)






Pernahkah korang merasai kelemahan diri begitu banyak sehingga membelenggu diri korang?

Pernahkah korang tertanya dlm diri…”kenapa aku x sesempurna insan itu atau insan ini”..?

Atau seringkali merasai diri korang banyak kelemahan berbanding orang lain?

Kalau ya, disini ingin aku mmberi sedikit motivasi atau peringatan kepada semua manusia yg berakal termasuk aku yag seringkali dipermainkan oleh mainan dunia…

first time aku mmbawa bacaan yg “berat” dalam blog aku…

Sebagai tatapan insan yg bernama manusia..insyaallah..

Seperti dalam hadis nabi tentang ilmu:


Sampaikan Ilmu walaupun sedikit.

Daripada Abdullah bin Umar berkata Rasulullah s.a.w bersabda:” Samapaikanlah apa yg kamu dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat.Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada bani Israil,maka tidak mengapa yang demikian itu.Dan barangsiapa secara sengaja berbohong atas namaku maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk dalam api neraka:.

Hasid Riwayat Bukhairi.At Atirmizi


Idea ini timbul setelah mmbaca beberapa artikel tentang beberapa golongan berjaya membawa kelemahan diorang menjadi sesuatu kelebihan yg berguna utk manusia..

Sememangnya hasrat naluri seorang manusia utk menjadi sempurna dalm kehidupan seseorang..

Tapi pernahkah kiter mencapai kesempurnaan hidup??

Ingat NO BODY’s perfect!! Sifat sempurna tiada pada makluk di bumi mahup0n berjuta juta trillion galaksi yg berada dilangit kerana sifat sempurna hanya pada Tuhan yg SATU iaitu Allah...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia . Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-An’am: 17)

Sedari bahawa setiap diri kita ini unik…allah mencipta setiap manusia berbeza sifatnya.Allah juga mencipta kelemahan dan kekuatan manusia ada sebbnya.. hakikatnya,ketidaksempurnaan manusia itu yg akan menyatukan kita dgn nilai serta sifat yg kiter pinjam dri allah seperti penyayang dan pemurah..

Sifat-sifat ini sememangnya bukan milik kita yg hakiki kerana semua ini adalah milik Allah.Tiada yg Maha hebat selain Maha kuasa dri sifat Allah.Hal ini dikaitkan dgn ayat yg slalu diperdengarkan dlm telinga kita iaitu: “yg baik dtg dri Allah dan Yg buruk Dtg dri diri kita sebagi insan yg lemah dan tidak berdaya”


Kelemahan yg kiter ada x bererti kiter menjadi manusia yg lemah…tidak semestinya kiter tunduk menyerah atas kelemahan yg kiter ada.Tidak bererti kiter tidak ada kelebihan yg mungkin boleh boleh mengatasi kelemahan kiter.Setiap manusia ada kekuatan masing2 yg berbeza cuma kita manusia yg sering kali terlepas pandang atas kelebihan masing2.Kita perlu mengfokuskan pd kekuatan kita dan memaksimakannya utk mmperoleh kejayaan.


“ok, klu dah jumpa kekuatan diri,adakah kiter nk biarkan kelemahan kiter bersarang dalam badan kita?”


Kiter mmpu utk mengawasi kelemahan kita..bagaimana?


1)meningkatkan kelemahan diri dalam bidang yg kita lemah.Sebagai cth kiter agak kurang keyakinan ketika mmbuat presentation didepan khalayak ramai.So,kiter boleh practice dgn pelbagai cara samaada meminta bantuan orang lain atau melakukan latihan bersendirian utk meningkatkan prestasi kita dlm melakukan presentation.

2) membuat system back-up: sbgi cth klu masih takut lagi time presentation,apakata mmbuat kelebihan yg lain utk menjadikan presentation itu indah seperti menggunakan power point + multimedia+ lakonan+film+kartun+music dan lain2.dgn hal demikian,kelemahan presentation dpt di minimunkan dgn material yg mmbuat penonton takjub.



aksi lakonan yg tidak boleh ditiru


3)Mencari “team”:cara paling baik utk menangani kelemahan adalah selalu bekerja secara berpasukan atau orang putih selalu cakap “Teamwork” dgn orang yg paling bersesuaian dgn korang.sbagai cth dlm permainan bola sepak, jika kiter kurang kemahiran utk menendang,tapi berkebolehan utk pasing,lebih baik pasing bola kpd orng yg pandai tendang utk menjaringkan gol.Tapi ini tidak bermakna korang tidak perlu meningkatkan kemahiran tendangn korang sbb meningkatkan kelemahan adalah yg utama.



yg penting kerjasama


bebanan yg besar dpt dikurangkan bila bekerjasama

4)Klu btul2 tidak terdaya, walaup0n sudah cuba smpai 10 tahun tendang bola asyik tak kena,apakata tukar selera dgn tendang mak nyah kat tpt korang..ade faedah gak.maksud aku mengapa harus terseksa dgn pekerjaan yg bukan natural talent korang.



bersambung part 2...........................

Histat