click here

Decision making



sudah 1 minggu name UTp naik di akhbar UTUSAN...
semua ini berkenaan satu slot yg di perkenalkan oleh UTUSAN iaitu slot
SALAM PERANTAU yg khas utk orang di luar negara MALAYSIA...
kes nie hangat bila gambar yg diantar oleh sorng student UTP dikatakan menipu UTUSAN
dgn menulis tronoh dgn TRONTO...
maka si wartawan editor trsebut trasa tertipu dgn trus mengeluarkan kenyataan
yg kurang enak mengenai UTP...
dan akhirnya perbalahan diantar dua pihak, UTP DGN WARTAWAN tersbut berlanjutan hingga skrang...
si wartawan merasakn die tertipu lalu mengeluarkan article mengutuk pihak UTp dan student tersebut
si student dan pihak UTP mengatakn wartawan tersebut bodoh tidak check keasliaan gambar disamping tidak brtindak secara profesional..
ade lagi tuduhan2 dak2 utp mengatakn wrtawan utusan bengap

di inbox email gua dah berantai2 email berkenaan isu nie hingga gua naek muak nk baca...
no 1 tudung jari ke no 2...no 2 pulak tudung jari ke no 1...
----------------------------------------------------------------------

macm nie ar mmber2 rempitku...
gua berpendapt same dgn ayat mmber gua nie...
tpi cuma gua x pandai nk mnterjemahkan melalui ayat...:
credit to http://notadisiku.blogspot.com

Kalau nak tahu siapa yang salah, kita tak boleh duduk dalam kelompok terbabit. Kita kena keluar. Sebagai contoh, orang kat luar rumah kita kata rumah kita senget. Kita yang duduk dalam rumah tak rasa senget pun. Jadi kita masih pertahankan rumah kita tak senget. Kalau nak tahu rumah kita senget ke tak, kita kenalah keluar tengok dengan mata kepala kita sendiri. Baru tahu senget ke tak. Faham tak? Maksudnya keluar dari kelompok yang bertelagah dan jadi pemerhati. Tengok mana satu betul mana satu auta.

Bila dah tengok barulah boleh buat kesimpulan. Kesimpulannya, Utusan kecewa dengan pelajar UTP yang menipu mereka. Pada masa yang sama UTP tuduh Utusan kuat menipu orang Malaysia. Padanlah muka Utusan kena tipu. Hah! Sekarang dah nampak? Dua-dua menipu. Brader! Kalau dah tahu orang tu menipu dan dah tahu menipu tu salah, pekejadah lu nak ikut dia orang jadi kaki tipu juga? Maka tak ada bezalah antara lu dengan Utusan yang kuat menipu...

Gua tak nak kata budak yang hantar gambar ke Utusan tu berniat nak menipu Utusan secara bersungguh-sungguh pun. Gua kawan dengan budak tu. Biasalah orang muda, nakal-nakal lagi. Gua pun faham. Gua pun tak nak kata Utusan rela ditipu dengan tak check betul-betul sumber gambar tersebut. Gua rasa Utusan hanya mahu meraikan mereka-mereka yang berada di perantauan sempena hari raya sambil-sambil menjalankan tanggungjawab korporat sosialnya. Salam Perantauan saja pun. Perlukah nak check kaw-kaw dari mana gambar tersebut datang? Bukannya berita pasal Mahathir mati jatuh kuda ke pasal Petronas bankrap ke apa ke.

kali ni jadi kecoh bila ada batu api yang memarakkan lagi perasaan golongan tertentu..
Yang jadi puncanya adalah apabila wujud satu golongan yang mengguris hati sesetengah pihak. Habis dicanang Utusan stupid kena tipu. Bai! Hati siapa yang tak terguris bai? Kalau ada orang kata lu kena main, lepas tu ramai-ramai pakat balun lu, lu malu tak? Fahamlah sensitiviti umat sikit. Maka untuk menjaga integriti, Utusan pun keluarkanlah kenyataan kecewa. Kecewa kena tipu! Cuba lu duduk di tempat mereka, apa lagi boleh dibuat untuk menjaga integriti? Soal maruah bai. Maka akibat tangan ghaib yang mencanang perkara ini, berlakulah pecah-belah, orang buat dosa, kutuk umpat sana-sini. Tapi nak buat macam mana. Freedom of speech kan? Terima sajalah. Boo!

Bila dah keluar pasal ni, mulalah pelajar-pelajar UTP nak melenting. Lepas tu pergi balun Utusan lagi. Padahal tak sedar dia kita pun sama kena main. Cuba tengok apa puncanya? Puncanya bukan orang yang menyalakan mancis sebab mancis tersebut masih boleh dipadam. Tapi puncanya adalah orang yang simbah petrol sampai orang sekeliling rasa panas tak senang duduk. Padahal banyak je lagi orang yang menipu Utusan hantar gambar raya. Tak adalah kecoh mana pun.lawak bila dua puak yang innocent pada dasarnya nak bergaduh padahal orang yang jadi batu api tu seronok melompat bertepuk tangan..




IKTIBAR utk kita:

"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-hujuraat:12)




2 comments:

Roxy zai said...

thumbs up laa untuk post ni..bt kita berfikir sejenak..sgt2 setuju dgn cara "kelaur dari kelompok" tuu..^__^

MuazamKhalid_arkzamdarkdeng said...

roxy zai>> ..biler kiter nk menilai , kite kena tgk dri semua aspek...
sbb tue kite kena kluar dri kelompok dulu bru menilai..

Post a Comment

Histat